SEJARAH PENUBUHAN PSS
PSS SK Sungai Buaya berkembang selari dengan perkembangan pesat sekolah ini. Sekolah ini telah dibina sebelum merdeka. Lokasi awalnya berhampiran dengan sungai. Oleh kerana selalu berlaku banjir maka SK Sungai Buaya berpindah ke tapak yang ada sekarang. Ketika itu hanya 1 blok bangunan kayu
. Pada tahun 80an wujudnya PSS hanyalah dikenali sebagai khutub khanah yang menempatkan bahan bacaan sahaja. Selepas berkembangnya sistem pendidikan, istilah khutub khanah bertukar kepada perpustakaan dengan mengekalkan fungsinya koleksi bahan bacaan dan memberi perkhidmatan pinjaman kepada pelajar-pelajar.
Pada mulanya PSS SK Sungai buaya berada di blok (A) hadapan di tingkat dua. Keluasan bilik yang berukuran 11 bar ini telah menjadikan Pusat sumber Sekolah ini bergerak secara aktif. Ini bermakna PSS SK Sungai Buaya mempunyai peranan yang lebih besar sebagai nadi pembangunan P & P di sekolah ini. Unit-unit di bawah kawalan PSS telah diwujudkan termasuklah Unit Perpustakaan, Unit Bahan Bantu Belajar, Unit Bilik Tayangan dan sebagainya. Selaras dengan kehendak pembelajaran masa kini. Ia membolehkan PSS sekolah ini berkembang dari segi fizikal dan bersesuaian dengan peranannya sebagai nadi ilmu. PSS SK Sungai buaya adalah di bawah kawalan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kanchong Darat yang terletak di Sekolah Rendah Kebangsaan Kanchong Darat, Banting.
Pada tahun 1990an PSS SK Sungai Buaya telah mendapatkan sebuah bilik Makmal Komputeryang telah diubah suai daripada bilik darjah. Bilik yang berukuran 3 bar . Bilik ini dilengkapi dengan 20 unit komputer yang dilengkap dengan penghawa dingin dan kemudahan audio video. Pada tahun 2007 Pusat Sumber telah menambah satu lagi lokasi iaitu Pusat Akses.
Pada tahun 2010, Sk Sungai Buaya telah mendapat 2 buah bangunan menggantikan sebuah bangunan dan rumah guru yang telah uzur. Bangunan baru ini menempatkan pejabat, bilik sains, bilik kemahiran hidup, kaunseling,bilik guru , surau dan Pusat Sumber. Pusat Sumber berkelusan 9 bay menempatkan perpustakaan, bilik nilam/sal, bilik tayangan dan bilik bbm. Kini PSS terus berkembang selaras dengan kemajuan teknologi .
3. LOKASI PSS (PELAN)
Pada keseluruhannya PSS SK Sungai Buaya mempunyai bilik-bilik dan ruang-ruang seperti berikut:
i. Bilik Perpustakaan
Bilik ini mengandungi:
ruang bacaan tahap 2
ruang bacaan Nilam/SAL/LINUS
ruang rujukan
ruang kaunter
Bilik red spot
ruang pameran
ruang pembelajaran kendiri
bilik kerja
ruang rekreasi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan